Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997

Seksyen 10

Jenayah Komputer 13

(a)

mendapat capaian kepada mana-mana program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer, atau mendapat capaian kepada, memeriksa atau menyemak pengendalian, mana-mana komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

menghendaki ―

(i)

orang yang olehnya atau yang bagi pihaknya pegawai polis itu mempunyai sebab yang

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 563

munasabah untuk mengesyaki komputer itu digunakan atau telah digunakan; atau

(ii)

mana-mana orang yang mempunyai tanggungjawab bagi atau sebaliknya berurusan dengan pengendalian komputer, radas atau bahan itu, untuk memberikannya bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud perenggan (a); dan

(c)

menghendaki apa-apa maklumat yang terkandung dalam suatu komputer dan boleh didapati dari premis itu dikeluarkan dalam suatu bentuk yang boleh dibawa pergi dan yang boleh dilihat dan dibaca.

(2)

Apabila didapati oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau lebih tinggi bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dalam mana-mana premis ada disembunyikan atau diletakkan apa-apa keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan pegawai polis itu ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dengan sebab kelewatan dalam mendapatkan waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin gagal, dia boleh menjalankan dalam dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam subseksyen (1)

dengan sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu.

(3)

Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia secara munasabahnya percaya telah melakukan atau akan melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dan tiap-tiap kesalahan terhadap Akta ini hendaklah disifatkan sebagai kesalahan boleh tangkap bagi maksud undang-undang yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan prosedur jenayah.

Menghalang penggeledahan