Skip to content

Seksyen 11

Menghalang penggeledahan

of Akta Jenayah Komputer 1997

ActIn forceProvision 11 of 12
Seksyen 11
(1)

Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya dia―

Jenayah Komputer 15

(a)

menyerang, menghalang, merintangi atau melengahkan mana-mana pegawai polis masuk ke dalam mana-mana premis di bawah Akta ini atau pada melaksanakan apa-apa tugas yang dipertanggungjawab atau apa-apa kuasa yang diberi oleh Akta ini; atau

(b)

tidak mematuhi apa-apa permintaan sah daripada seseorang pegawai polis yang bertindak pada melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini.

(2)

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.