Seksyen 38
Penyampaian notis atau mana-mana dokumen lain di bawah
of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
ActIn forceProvision 38 of 41
Seksyen 38
Akta ini hendaklah dilaksanakan kepada pihak yang hendak disampaikan—
(a)
dengan menyerahkan notis atau dokumen kepada pihak itu sendiri;
(b)
dengan meninggalkan notis atau dokumen itu di tempat perniagaan biasa pihak itu semasa waktu urusan biasa bagi pihak itu;
(c)
dengan menyerahkan notis atau dokumen ke tempat perniagaan biasa atau tempat perniagaan yang terakhir yang diketahui melalui pos berdaftar; atau
(d)
melalui apa-apa cara lain sebagaimana yang dipersetujui secara bertulis oleh pihak-pihak itu.