Skip to content

Seksyen 28

of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012

ActIn forceProvision 28 of 41

Seksyen 28

(1)

Sesuatu pihak boleh menguatkuasakan suatu keputusan adjudikasi dengan memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah untuk menguatkuasakan keputusan adjudikasi seolah-olah keputusan adjudikasi itu adalah penghakiman atau perintah

Mahkamah Tinggi.

(2)

Mahkamah Tinggi boleh membuat suatu perintah berkenaan dengan keputusan adjudikasi sama ada secara keseluruhan atau sebahagian dan boleh membuat suatu perintah berkenaan dengan faedah bagi amaun teradjudikasi yang kena dibayar.

(3)

Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah mengenai pelaksanaan perintah atau penghakiman Mahkamah Tinggi.