Seksyen 5
of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
Seksyen 5
Pihak yang tidak dibayar boleh menyampaikan suatu tuntutan pembayaran kepada pihak yang tidak membayar bagi bayaran menurut suatu kontrak pembinaan.
(2)
Tuntutan pembayaran itu hendaklah secara bertulis dan hendaklah termasuk—
(a)
amaun yang dituntut dan tarikh habis tempoh bagi pembayaran amaun yang dituntut itu;
Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 11
(b)
butir untuk mengenal pasti kausa tindakan termasuk peruntukan dalam kontrak pembinaan yang dengannya bayaran itu adalah berhubungan;
(c)
perihalan tentang kerja atau perkhidmatan yang dengannya bayaran itu adalah berhubungan; dan
(d)
pernyataan bahawa ia dibuat di bawah Akta ini.