Seksyen 2
Takat pemakaian
Tertakluk pada seksyen ini dan seksyen 59A dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 59A, Akta ini hendaklah terpakai berhubungan dengan karya yang dibuat sebelum
10
Undang-Undang Malaysia mula berkuatkuasanya Akta ini sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Akta ini:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghidupkan semula mana-mana hak cipta yang telah tamat tempohnya sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini.
(2)
Jika hanya disebabkan oleh subseksyen (1) hak cipta wujud dalam karya yang telah dibuat sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, tiada apa-apa jua yang dilakukan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini boleh dikira sebagai telah melanggar hak cipta itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, sesuatu karya yang pembuatannya berlanjutan hingga suatu tempoh masa tidaklah boleh disifatkan sebagai telah dibuat sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini melainkan jika pembuatan karya itu disempurnakan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini.
Tafsiran