Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian V · Tribunal Hak Cipta
28. Penubuhan dan kuasa Tribunal Hak Cipta
Feedback & support(1)
Maka hendaklah ditubuhkan suatu tribunal yang akan dikenali sebagai Tribunal Hak Cipta.
(2)
Tribunal hendaklah mempunyai kuasa untuk memutuskan perkara yang berikut:
(a)
suatu permohonan oleh pelaku di bawah seksyen 16B;
64
Undang-Undang Malaysia
(b)
apa-apa rujukan oleh pengendali, seseorang atau sesuatu pertubuhan yang disebut dalam Bahagian IVA;
(c)
suatu rayuan oleh organisasi pengurusan kolektif di bawah subseksyen 27A(7); dan
(d)
penjalanan kuasa di bawah seksyen 31 dan 59c.