Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian VI · Remedi bagi Pelanggaran dan Kesalahan
36. Pelanggaran
Feedback & supportPelanggaran terhadap hak cipta berlaku apabila seseorang tanpa lesen pemunya hak cipta itu, melakukan atau menyebabkan seseorang lain melakukan satu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hak cipta di bawah Akta ini.
Pelanggaran terhadap hak cipta berlaku apabila seseorang, tanpa persetujuan atau lesen pemunya hak cipta itu, mengimport suatu artikel ke dalam Malaysia bagi maksud—
menjual, menyewakan, atau dengan cara dagangan, menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan, artikel itu;
mengedarkan artikel itu—
bagi maksud dagangan; atau
bagi apa-apa maksud lain ke takat yang akan memudaratkan pemunya hak cipta itu; atau
dengan cara dagangan, mempamerkan artikel itu kepada awam, jika dia mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui bahawa pembuatan artikel itu telah dijalankan tanpa persetujuan atau lesen pemunya hak cipta itu.
72
Undang-Undang Malaysia
(Dipotong oleh Akta A1420).
(Dipotong oleh Akta A1420).
(Dipotong oleh Akta A1420).