Skip to content

Seksyen 44

of Akta Hakcipta 1987

ActIn forceProvision 83 of 110

Seksyen 44

(1)

Dalam tiap-tiap kes di mana maklumat diberi atas sumpah kepada mana-mana majistret bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di dalam mana-mana rumah atau premis ada apa-apa salinan langgaran atau apa-apa perekaan yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan bagi membuat salinan langgaran, atau yang boleh digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran, atau apa-apa artikel, kenderaan, buku atau dokumen lain yang dengannya

102

Undang-Undang Malaysia atau berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah seksyen 41, majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran dengan ditandatangani olehnya dan menurut kuasa waran itu mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen:

Dengan syarat bahawa jika seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelambatan untuk mendapatkan waran geledah, apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen yang telah atau akan digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini mungkin akan dialih atau dimusnahkan, dia boleh memasuki rumah atau premis tersebut tanpa waran dan menyita apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen tersebut dari dalam rumah atau premis itu.

(1A)

Seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang memasuki mana-mana rumah atau premis menurut kuasa subseksyen (1) boleh membawa dengannya orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu; dan apabila meninggalkan mana-mana rumah atau premis yang dia telah masuki dia hendaklah, jika rumah atau premis tidak diduduki atau penghuni tiada buat sementara, meninggalkan rumah atau premis itu dengan berkesannya terselamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan rumah atau premis itu semasa dia menjumpainya.

(2)

Seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang membuat carian itu boleh menyita apa-apa salinan langgaran, salinan yang disyaki adalah salinan langgaran, perekaan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi membuat salinan langgaran atau boleh digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran, atau apa-apa artikel, kenderaan, buku atau dokumen lain dan jika mana-mana salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen itu disita, dia hendaklah mengemukakannya di hadapan majistret, dan apabila dikemukakan

Hak Cipta 103

majistret hendaklah mengarahkan supaya ia disimpan dalam jagaan

Pengawal atau Penolong Pengawal atau polis bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa jika, atas apa-apa penyitaan sedemikian, apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen tersebut adalah disimpan dalam jagaan Pengawal atau Penolong

Pengawal atau polis dan jika ia didapati, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, bahawa adalah tidak praktik untuk mengemukakannya di hadapan majistret, maka adalah mencukupi bagi maksud subseksyen ini bagi penyitaan itu dilaporkan kepada majistret.

(3)

Jika ia didapati, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, bahawa adalah tidak praktik untuk memindahkan dari tempat ia telah dijumpai benda atau dokumen itu yang disita oleh seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dan Penolong Pengawal atau pegawai polis itu telah mengelakkan benda atau dokumen itu dalam premis atau bekas yang didalamnya ia dijumpai menurut peruntukan seksyen 47, maka adalah mencukupi bagi maksud mengemukakan benda atau dokumen tersebut di hadapan majistret di bawah subseksyen (2) bagi penyitaan itu dilaporkan kepada majistret atau bagi majistret melihat benda atau dokumen tersebut di dalam premis atau bekas itu.