Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian V · Tribunal Hak Cipta
35. Peraturan-peraturan mengenai Tribunal
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan
Tribunal dan khususnya dan tanpa menjejas keluasan makna peruntukan yang terdahulu, berkenaan dengan perkara yang berikut:
menetapkan cara dalam mana apa-apa perkara boleh dirujuk kepada, atau apa-apa pertikaian boleh didengar oleh,
Tribunal;
menetapkan tatacara yang hendak dipakai oleh Tribunal dalam mengurus apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya, atau mendengar apa-apa pertikaian, di bawah Akta ini dan rekod yang hendak disimpan oleh Tribunal;
menetapkan cara bagaimana Tribunal dipanggil bersidang dan tempat di mana Tribunal mengadakan persidangannya;
Hak Cipta 71
menetapkan skala kos dan fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa siasatan atau prosiding di hadapan Tribunal;
dan
amnya bagi menjalankan dengan lebih baik fungsi yang diberi kepada Tribunal di bawah Akta ini.