Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Lembaga Kaunselor

13. Keanggotaan Lembaga

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Presiden, yang hendaklah dilantik daripada kalangan kaunselor berdaftar;

(b)

seorang wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat;

(c)

seorang wakil Kementerian Pendidikan;

(d)

seorang wakil Kementerian Kesihatan;

(e)

seorang wakil Jabatan Kemajuan Islam;

(f)

seorang wakil Jabatan Perkhidmatan Awam;

(g)

seorang wakil Kementerian Dalam Negeri;

(h)

tiga orang wakil institusi pendidikan tinggi; dan

(i)

enam orang kaunselor berdaftar.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga yang pertama hendaklah dilantik oleh Menteri bagi tempoh tidak melebihi dua tahun dan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, sebagai pengerusi;

(b)

sembilan orang yang mewakili pertubuhan profesional yang ada hubungan dengan profesion kaunseling; dan

(c)

seorang yang mewakili institusi pendidikan tinggi.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 580 14

(3)

Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi

Lembaga.

(4)

Pendaftar hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Lembaga.

(5)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, meminda

Jadual Pertama melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Report

Bahagian IV

Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan

Bahagian V

Pertubuhan Perbadanan Menjalankan Amalan Sebagai Kaunselor

Bahagian VI

Prosiding Tatatertib

Bahagian VII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules