Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VIII · Pelbagai

48. Kuasa untuk memasuki, memeriksa, meneliti, menyita, dsb

Feedback & support
(1)

Presiden Lembaga atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh, bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, pada bila-bila masa yang munasabah dan apabila dikemukakan perakuan pemberikuasaannya memasuki, memeriksa dan meneliti mana-mana premis atau mana-mana kawasan termasuklah mana-mana bangunan atau binaan di atasnya yang dimiliki atau digunakan, sama ada secara kekal atau selainnya, atau sama ada didaftarkan atau tidak didaftarkan untuk digunakan, oleh kaunselor berdaftar.

(2)

Pada menjalankan sesuatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1), Presiden atau seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh—

(a)

memasuki mana-mana kawasan atau premis;

(b)

meneliti apa-apa buku, daftar, dokumen, bahan atau artikel lain sebagaimana yang difikirkannya perlu; dan

(c)

mengalihkan dan menahan apa-apa buku, daftar, dokumen, bahan atau artikel lain.

(3)

Seseorang pegawai boleh bagi maksud seksyen ini meminta bilamasa perlu bantuan polis dalam pelaksanaan kewajipannya.

Report