Counsellors Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Prosiding Tatatertib
36. Jawatankuasa Penyiasatan dan Tatatertib
Feedback & support(1)
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua kaunselor berdaftar dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua kaunselor itu mengikut Akta ini.
(2)
Bagi maksud Bahagian ini maka hendaklah ditubuhkan—
(a)
suatu Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri daripada tiga orang anggota Lembaga untuk menyiasat sesuatu aduan yang dibuat terhadap seseorang kaunselor berdaftar; dan
(b)
suatu Jawatankuasa Tatatertib yang terdiri daripada lima orang anggota Lembaga, yang bukan anggota Jawatankuasa
Penyiasatan, untuk menjalankan siasatan mengenai sesuatu aduan yang dirujukkan kepadanya oleh Jawatankuasa
Penyiasatan.