Counsellors Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Kesalahan dan Penalti
44. Kesalahan
Feedback & supportMana-mana orang yang—
memperoleh atau menyebabkan pemerolehan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau perakuan amalan—
dengan membuat atau menyebabkan dibuat; atau
Kaunselor 29
dengan mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan, suatu akuan, perakuan, permohonan atau representasi palsu atau fraud;
memalsukan, mengubah atau melancungkan sesuatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau perakuan amalan;
menggunakan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau perakuan amalan yang dipalsukan, diubah atau dilancungkan;
menyamar sebagai seorang orang berdaftar atau seorang pengarah suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor;
membeli atau secara fraud memperoleh suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau perakuan amalan; atau
menjual, menyerahhakkan atau memindahkan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau perakuan amalan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan—
boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.