Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VII · Kesalahan dan Penalti

46. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Feedback & support

Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini, maka mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau seseorang yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal-ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;

dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsi-fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

Report

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules