Counsellors Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pelbagai
49. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
menetapkan cara untuk memohon perakuan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah diberikan oleh pemohon, cara pemerakuan, fi yang kena dibayar baginya, syarat atau sekatan yang akan dikenakan dan bentuk atau bentuk-bentuk perakuan;
mengawal selia penyimpanan Daftar dan akaun, rekod, laporan dan dokumen dan menetapkan bentuk dan kandungannya;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 580 32
menetapkan pengurusan harta Lembaga dan pengauditan akaunnya;
menetapkan tatacara bagi pemilihan atau pelantikan anggota jawatankuasa Majlis atau Lembaga;
menetapkan kehendak-kehendak yang hendaklah dipatuhi oleh Lembaga bagi mengguna khidmat penasihat undang-undang dan saraan yang hendaklah dibayar kepadanya;
menetapkan tatacara bagi penyiasatan aduan dan siasatan tatatertib;
menetapkan tatacara bagi rayuan;
menetapkan perkara-perkara yang berkenaan dengannya fi dan caj kena dibayar di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, amaun fi, dan orang yang kena membayarnya;
menetapkan borang yang hendaklah digunakan dalam membuat permohonan di bawah Akta ini; dan
apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan atau dinyatakan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan atau dinyatakan untuk menguatkuasakan
Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh—
memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ialah suatu kesalahan;
mengadakan peruntukan bagi kesalahan sedemikian dihukum dengan denda yang tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya;
dibuat supaya berkuat kuasa kebelakangan ke suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada tarikh mula berkuatkuasanya
Akta ini.
Walau apa pun perenggan (2)(c), tiada seorang pun boleh dikenakan atau bertanggungan atas apa-apa penalti berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan sebelum tarikh peraturan-peraturan itu disiarkan dalam Warta.
Kaunselor 33