Skip to content

Seksyen 63

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 47 of 138

Seksyen 63

(1)

Menteri boleh menubuh dan menyenggara gudang kastam, di mana barang-barang berduti boleh didepositkan dan disimpan tanpa bayaran duti kastam, di mana-mana pelabuhan kastam, lapangan terbang kastam, tempat mengimport atau mengeksport atau di mana-mana stesen kastam di darat dan boleh menetapkan amaun yang kena dibayar sebagai sewa gudang atas barang-barang yang didepositkan di dalam gudang itu dan meremit apa-apa amaun yang kena dibayar sebagai sewa.

(2)

Menteri boleh menubuhkan gudang kastam di

Singapura yang dalam Akta ini disebut sebagai stesen pemungutan jika peruntukan-peruntukan bagi penubuhan sedemikian wujud menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di

Singapura atau menurut kuasa mana-mana perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura.