Skip to content

Seksyen 65

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 49 of 138

Seksyen 65

(1)

Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicara mutlaknya, apabila dibayar fee sebagaimana yang ditetapkannya dalam setiap hal, memberi suatu lesen kepada mana-mana orang, yang kemudian daripada ini disebut pemegang lesen dalam seksyen ini, dan apabila diberi menarik balik mana-mana lesen, untuk penggudangan barang-barang yang dikenakan duti kastam dalam sesuatu tempat atau tempat-tempat yang dinyatakan dalam lesen itu.

(2)

Mana-mana lesen itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam setiap hal dalam lesen itu.

(3)

Pegawai kanan kastam atau mana-mana pegawai kastam yang diwakilkannya bagi maksud itu, hendaklah pada sepanjang masa ada akses pada mana-mana gudang berlesen.

(4)

Jika didapati pada bila-bila masa bahawa dalam mana-mana gudang berlesen atau mana-mana bahagiannya ada kekurangan kuantiti barang-barang berduti yang sepatutnya didapati di dalam gudang berlesen itu, pemegang lesen gudang itu hendaklah, jika tiada bukti sebaliknya, dianggap telah memindahkan dengan menyalahi undang-undang barang-barang itu dan hendaklah, tanpa menyentuh mana-mana prosiding di bawah Akta ini, membayar kepada pegawai kastam yang hak duti kastam yang boleh dilevi ke atas barang-barang yang didapati berkurangan itu:

Dengan syarat bahawa jika dibuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa kekurangan itu adalah disebabkan oleh kebocoran, kepecahan yang tidak dapat dielakkan atau kemalangan lain, Ketua

Gudang berlesen.

[Bah, VIII, S. 65-654]

54 AKTA 235

Pengarah boleh meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian duti kastam yang boleh dilevi ke atas barang-barang yang didapati berkurangan itu.