Skip to content

Seksyen 64

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 48 of 138

Seksyen 64

Jika stesen pemungutan telah ditubuhkan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 63 (2), maka tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain

Akta ini dan kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang Ketua Pengarah sama ada secara am dengan perintah atau dalam mana-mana hal tertentu boleh mengenakan—

(a)

peruntukan-peruntukan Akta ini berhubungan dengan bayaran duti kastam tidaklah terpakai bagi barang-barang yang diimport dari sesuatu stesen pemungutan di mana duti ke atasnya telah pun dibayar sebelum barang-barang itu diimport; dan

(Bah. VIII, S. 64-65]

KASTAM 53

(b)

peruntukan-peruntukan akta ini yang menghendaki bayaran duti ke atas barang-barang yang akan dieksport pada masa eksport tidaklah terpakai bagi barang-barang berduti yang dihantar ke sesuatu stesen pemungutan.