Seksyen 65A
Pengilangan
Berkenaan dengan sesuatu gudang yang
— dilesenkan di bawah seksyen 65, Ketua Pengarah berhubungan boleh, menurut budi bicara mutlaknya, apabila dibayar dengan fee sebagaimana yang ditentukannya dalam setiap hal, bararé dalam memberi suatu lesen tambahan kepada pemegang lesen gudang dan apabila diberi menarik balik mana-mana lesen itu,
[Mes aie untuk meneruskan apa-apa proses pengilangan dan
Al61.] operasi lain berkenaan dengan barang-barang yang boleh dikenakan duti kastam dan apa-apa barang-barang lain.
(2)
Mana-mana lesen itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apasyarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam lesen itu.
(3)
Tiada barang-barang telah melalui apa-apa proses pengilangan dalam gudang itu boleh dikeluarkan bagi penggunaan tempatan atau eksport tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua
Pengarah.
(b)
Tertakluk kepada subseksyen (4), jika barang-barang itu dikeluarkan dari gudang itu bagi penggunaan tempatan duti kastam ke atasnya hendaklah dikira atas dasar seolah-olah barang-barang itu telah diimport:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh dalam apa-apa hal tertentu mengecualikan mana-mana orang daripada membayar keseluruhan atau sebahagian daripada duti yang kena dibayar oleh orang itu atas apa-apa barang-barang sedemikian dan dalam memberi penge-cualian itu Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(4)
Jika dalam masa menjalankan apa-apa operasi yang dibenarkan di bawah subseksyen (1)
terhadap apa-apa barang-barang yang dikenakan duti kastam terdapat bahan buangan atau hampas, duti
[Bah. VIII, S. 654-655]
KASTAM 55
kastam hendaklah diremitkan berasakan kuantiti barang-barang yang dikenakan duti kastam sebanyak mana bahan buangan atau hampas itu timbul daripada operasi yang dijalankan berhubungan dengan barang-barang yang telah melalui mana-mana proses pengilangan:
Dengan syarat bahawa bahan buangan atau hampas itu dimusnahkan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah atau duti dibayar ke atas bahan buangan atau hampas itu seolah-olah ia diimport dalam bentuk itu.