Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian III · Pelucuthakan Harta Orang Kenaan

12. Urus niaga tertentu menjadi terbatal dan tidak sah

(1)

Apa-apa urus niaga, kontrak, atau apa-apa jua pun perkara lain yang dilaksanakan, dilakukan, atau dibuat, oleh mana-mana orang selepas pengeluaran suatu notis di bawah subseksyen 9(1) berkenaan dengan mana-mana harta yang disebut dalam, atau yang terjejas oleh, notis tersebut adalah terbatal dan tidak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau bagaimana jua pun selainnya dilaksanakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa.

(2)

Selagi prosiding di bawah Bahagian ini berkenaan dengan notis di bawah seksyen 9 belum selesai dengan muktamadnya di

Mahkamah Tinggi atau di *Mahkamah Persekutuan tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan atau, jika ia sudah dimulakan tetapi belum selesai, dikekalkan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap orang yang dinamakan dalam notis itu, atau yang berkenaan dengan harta

* CATATAN─ sebelum ini dirujuk sebagai “Mahkamah Agung”-lihat seksyen 46 Akta (Pindaan)

Perlembagaan 1994 [Akta A885].

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 35

pusakanya atau hartanya yang notis itu dikeluarkan, atau berkenaan dengan mana-mana harta yang disebutkan dalam, atau yang terjejas oleh, notis itu, dan tiada penahanan, pelaksanaan, atau proses lain yang serupa itu boleh dimulakan atau, jika ia sudah dimulakan tetapi belum selesai, diteruskan terhadap mana-mana orang sedemikian atau berkenaan dengan mana-mana harta oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat, atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan, sebelum atau selepas notis itu dikeluarkan, kecuali atas kehendak Kerajaan Malaysia, atau Kerajaan mana-mana Negeri, atau atas kehendak suatu pihak berkuasa tempatan, atau badan berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya.

(3)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan peruntukan subseksyen 24(8), 24(9) atau seksyen 29.

Report

Bahagian IV

Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan

Bahagian V

Pelucuthakan

Bahagian VII

Bantuan Kepada Negara Asing

Bahagian VIII

Schedules