Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian III · Pelucuthakan Harta Orang Kenaan

8. Permohonan kepada Mahkamah Tinggi

(1)

Jika Pendakwa Raya mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa mana-mana orang ialah orang kenaan, dia boleh memohon secara ex parte kepada Mahkamah Tinggi untuk

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 27

mendapatkan suatu perintah melucuthakkan segala harta yang dipegang oleh orang itu dan yang Pendakwa Raya mempunyai sebab untuk percaya ialah harta yang menyalahi undang-undang.

(2)

Permohonan itu, yang disokong dengan suatu afidavit atau afidavit-afidavit, hendaklah—

(a)

mengenal pasti orang kenaan yang terhadapnya tindakan hendak diambil, menyatakan alamat tempat kediaman atau perniagaannya, jika diketahui, dan butir-butir lain yang relevan yang diketahui;

(b)

menyatakan alasan yang berdasarkannya dia menjadi orang kenaan;

(c)

mengenal pasti harta yang hendak dilucuthakkan, menyatakan nilai anggarannya dan, jika diketahui, tempat letaknya; dan

(d)

menyatakan apa-apa perkara, hal keadaan atau maklumat lain yang, pada pendapat Pendakwa Raya, adalah relevan dengan permohonan itu.

(3)

Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan memfailkannya dengan Pendaftar Mahkamah

Tinggi yang hendaklah dengan serta-merta menetapkan tarikh untuk pendengarannya di hadapan Mahkamah Tinggi.

(4)

Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini ditegaskan bahawa permohonan yang berturut-turut boleh dibuat di bawah seksyen ini—

(a)

terhadap mana-mana orang dengan syarat bahawa—

(i)

prosiding di bawah

Bahagian ini berkenaan dengan permohonan yang terdahulu terhadapnya di bawah seksyen ini telah selesai dengan muktamadnya di Mahkamah Tinggi, jika ada rayuan, di *Mahkamah Persekutuan; dan

* CATATAN─ sebelum ini dirujuk sebagai “Mahkamah Agung”-lihat seksyen 46 Akta (Pindaan)

Perlembagaan 1994 [Akta A885].

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(ii)

permohonan baru tidak ada hubungan dengan mana-mana harta yang telah menjadi hal perkara mana-mana permohonan yang terdahulu terhadapnya ;

(b)

berkenaan dengan apa-apa harta dengan syarat bahawa—

(i)

prosiding di bawah Bahagian ini berkenaan dengan permohonan terdahulu harta itu telah dimasukkan sebagai hal perkara permohonan itu telah selesai dengan muktamadnya di Mahkamah tinggi atau, jika ada rayuan, di *Mahkamah

Persekutuan, dan telah diputuskan bahawa harta itu bukan harta yang menyalahi undang-undang; dan

(ii)

permohonan baru itu bukanlah menentang mana-mana orang yang terhadapnya mana-mana permohonan yang terdahulu di bawah seksyen ini telah dibuat.

Notis menunjukkan sebab menentang pelucuthakan

Report

Bahagian IV

Penangkapan, Penyiasatan dan Penyitaan

Bahagian V

Pelucuthakan

Bahagian VII

Bantuan Kepada Negara Asing

Bahagian VIII

Schedules