Seksyen 2
Tafsiran
(1)
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 51
“ahli” ertinya seseorang ahli bagi Majlis Pergigian Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“alamat berdaftar” ertinya alamat yang terdapat pada perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah seksyen 18;
“berdaftar” ertinya didaftarkan di bawah seksyen 12 atau 13, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“Daftar” ertinya Daftar Pergigian Malaysia yang dikehendaki disenggarakan di bawah seksyen 11;
“dentis” ertinya seseorang pengamal pergigian yang didaftarkan dalam Bahagian II dalam Daftar;
“ditetapkan” ertinya yang ditetapkan oleh peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“doktor pergigian” ertinya seseorang pengamal pergigian yang didaftarkan dalam Bahagian I dalam Daftar;
“kelulusan” ertinya sesuatu diploma, ijazah, fellowship, keahlian, lesen, kuasa menjalankan amalan, surat perakuan, perakuan, atau taraf atau suratan lain yang diberikan oleh sesuatu universiti, perbadanan, maktab atau badan lain, atau oleh mana-mana jabatan, atau orang yang bertindak menurut kuasa, kerajaan sesuatu negeri atau tempat di dalam atau di luar Malaysia;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;
“Majlis” ertinya Majlis Pergigian Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Pengamal Pergigian yang disebut dalam seksyen 10;
“pengamal”
ertinya seorang pengamal pergigian;
Pergigian 9
“pengamal pergigian” ertinya seseorang yang didaftarkan dalam
Daftar;
“Pengarah” ertinya Pengarah Perkhidmatan Pergigian, Malaysia;
“perakuan pendaftaran” ertinya sesuatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah seksyen 18;
“perakuan pengamalan” ertinya perakuan amalan tahunan yang disebut dalam seksyen 19;
“perkhidmatan awam”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 132 Perlembagaan dan, selain itu, ia juga bererti perkhidmatan sesuatu pihak berkuasa tempatan atau perkhidmatan sesuatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang
Negeri dan ungkapan
“perkhidmatan awam” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4 dalam Jadual Pertama;
“Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua Majlis Pergigian Malaysia yang dilantik mengikut subperenggan 1(1) dalam Jadual Pertama.
(2)
Seseorang hendaklah disifatkan menjalankan amalan pergigian mengikut pengertian Akta ini jika, untuk mendapatkan keuntungan atau selainnya, orang itu—
(a)
merawat atau cuba merawat atau mengaku merawat, mengubati, melegakan atau mencegah apa-apa penyakit, kekurangan atau kesakitan pada gigi atau rahang manusia;
(b)
melakukan atau cuba melakukan apa-apa pembedahan ke atas gigi atau rahang manusia;
(c)
menyelitkan atau cuba menyelitkan apa-apa gigi buatan atau alatan bagi memulihkan, mengatur, atau membaiki gigi atau apa-apa rangka yang berkaitan;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 51
(d)
menjalankan apa-apa kerja radiografi berkaitan dengan gigi atau rahang manusia atau rongga mulut;
(e)
memberikan apa-apa rawatan, nasihat atau layanan kepada mana-mana orang berkaitan dengan memasang atau menyelitkan bagi maksud memasang atau melekapkan gigi buatan atau sesuatu sumbi atau pengikat atau sesuatu alatan bagi memulihkan atau mengatur gigi atau rahang manusia;
(f)
memberikan apa-apa ubat bius berkaitan dengan apa-apa pembedahan atau rawatan sebagaimana yang disebut di atas di bawah subseksyen ini; atau
(g)
mengemukakan dirinya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung sebagai menjalankan amalan pergigian.