Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2021Read it in English

Bahagian VI · Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

43. Peraturan-peraturan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini, dan, pada amnya, bagi melaksanakan tujuan dan maksud Akta ini.

(2)

Khususnya dan dengan tidak menyentuh keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—

(a)

kewajipan Pendaftar;

(b)

bentuk Daftar, cara bagaimana ia disenggarakan dan juga kandungannya;

(c)

bayaran yang hendaklah dibayar mengenai permohonan dan prosiding di bawah Akta ini dan mengenai perakuan dan suratan lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa pengecualian daripadanya sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Majlis;

(d)

borang dan cara bagaimana permohonan untuk pendaftaran dan untuk perakuan amalan tahunan hendaklah dibuat;

(e)

bentuk bagi sesuatu perakuan atau suratan lain yang dikehendaki bagi melaksanakan maksud Akta ini;

(f)

cara membuktikan kelulusan dalam pergigian;

(g)

pengurusan harta Majlis dan pengauditan akaunnya;

(h)

kewajipan yang hendaklah dijalankan oleh Setiausaha;

Pergigian 45

(i)

pengeluaran perakuan pergigian mengenai sakit gigi;

(j)

tatacara berkenaan dengan pemilihan ahli Majlis;

(k)

cara bagaimana Majlis mendapatkan nasihat undang-undang, hal mengadakan penasihat undang-undang bagi

Majlis, kelulusan dan fungsi penasihat undang-undang itu dan saraan yang hendaklah dibayar kepada mereka;

(l)

penerimaan aduan atau maklumat mengenai sesuatu perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis dan penubuhan suatu Jawatankuasa bernama Jawatankuasa

Penyiasatan

Permulaan untuk menjalankan suatu penyiasatan permulaan berkenaan dengan aduan atau maklumat mengenai sesuatu perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis dan untuk memutuskan sama ada atau tidak suatu siasatan patut diadakan oleh Majlis;

(m)

larangan terhadap seseorang ahli

Jawatankuasa

Penyiasatan Permulaan itu, yang juga menjadi seorang ahli Majlis, daripada menghadiri sesuatu mesyuarat

Majlis tatkala Majlis menjalankan penyiasatan berkenaan dengan sesuatu aduan atau maklumat, yang dalamnya dia telah mengambil bahagian dalam penyiasatan permulaannya; dan

(n)

tatacara yang hendaklah diikuti berhubung dengan—

(i)

mengemukakan aduan dan maklumat kepada

Jawatankuasa Penyiasatan Permulaan;

(ii)

penyiasatan permulaan mengenai apa-apa aduan atau maklumat oleh

Jawatankuasa

Penyiasatan

Permulaan;

(iii)

membentuk pertuduhan yang berbangkit daripada aduan dan maklumat;

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 51

(iv)

rujukan kepada

Majlis oleh

Jawatankuasa

Penyiasatan Permulaan kes yang berbangkit daripada aduan dan maklumat;

(v)

siasatan tatatertib yang diadakan oleh Majlis.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan bagi Maksud Negara

Schedules