Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian IV · Prosiding Tatatertib
32. Bidang kuasa tatatertib Majlis
Feedback & supportMajlis hendaklah mempunyai bidang kuasa tatatertib ke atas semua orang yang didaftarkan di bawah Akta ini.
Majlis boleh menjalankan bidang kuasa tatatertib ke atas seseorang berdaftar yang—
telah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda);
telah bersalah kerana berkelakuan buruk dari apa-apa jua segi profesion;
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 51
telah mendapatkan pendaftaran dengan jalan fraud atau salah nyataan;
tidak berhak didaftarkan pada masa dia didaftarkan; atau
namanya telah dikeluarkan daripada daftar pengamal pergigian yang disenggarakan di luar Malaysia, atau daripada daftar mana-mana maktab pergigian atau badan pelesenan yang diiktiraf oleh Majlis.