Seksyen 3
Seksyen 3
(a)
Ketua Pengarah;
(b)
Pengarah;
(c)
(Dipotong oleh Akta A982);
(d)
(Dipotong oleh Akta A982);
(e)
enam orang doktor pergigian dari kalangan kakitangan fakulti pergigian institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
Pergigian 11
(ea) enam orang doktor pergigian yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(f)
enam orang doktor pergigian yang bermastautin di
Semenanjung Malaysia yang hendaklah dipilih oleh doktor pergigian yang bermastautin di Semenanjung
Malaysia;
(g)
seorang doktor pergigian yang bermastautin di Sabah yang hendaklah dipilih oleh doktor pergigian yang bermastautin di Sabah;
(h)
seorang doktor pergigian yang bermastautin di Sarawak yang hendaklah dipilih oleh doktor pergigian yang bermastautin di Sarawak;
(i)
seorang dentis yang bermastautin di Semenanjung
Malaysia yang hendaklah dipilih oleh dentis yang bermastautin di Semenanjung Malaysia; dan
(j)
seorang dentis yang bermastautin di Sabah atau Sarawak yang hendaklah dipilih oleh dentis yang bermastautin di
Sabah atau Sarawak.
(2)
Tiada seorang pun boleh dinamakan dan dilantik menjadi seorang ahli di bawah perenggan (1)(e) atau (ea) atau dipilih sebagai seorang ahli di bawah mana-mana daripada perenggan (1)(f) hingga
(j)
melainkan jika orang itu ialah seorang warganegara dan memegang perakuan amalan semasa.
(3)
Tiada seorang pun layak memilih seorang ahli melainkan jika orang itu memegang perakuan amalan semasa.
(4)
Tiada seorang pun boleh berkhidmat sebagai seorang ahli dalam lebih daripada satu jawatan pada satu masa.
(5)
Seseorang boleh dinamakan dan dilantik menjadi seorang ahli di bawah perenggan (1)(e) atau (ea) atau dipilih sebagai seorang ahli di bawah mana-mana daripada perenggan 1(f) hingga (j) walaupun
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 51
dahulunya dia telah menjadi seorang ahli di bawah mana-mana daripada perenggan dalam subseksyen (1) itu.
(6)
Ahli-ahli yang disebut dalam perenggan (1)(e) atau (ea)
hendaklah dinamakan dan dilantik di bawahnya selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.
(7)
Ahli yang dipilih di bawah perenggan (1)(f) hingga (j)
hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.
(8)
Seseorang yang menjadi ahli menurut peruntukan mana-mana daripada perenggan (1)(e) hingga (j) boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan mengutus surat kepada Yang Dipertua.
(9)
Jika seseorang yang menjadi ahli menurut peruntukan mana-mana daripada perenggan (1)(e) hingga (j) mati sebelum tamat tempoh jawatannya, atau meletakkan jawatan, atau berhenti menjadi ahli oleh sebab sesuatu peruntukan Akta ini, seseorang hendaklah dinamakan dan dilantik atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai gantinya mengikut peruntukan yang terpakai bagi orang yang mati atau meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli itu bagi baki tempoh jawatan yang orang itu mungkin telah memegang jawatan itu jika dia tidak mati atau tidak meletakkan jawatan atau tidak berhenti menjadi ahli:
Dengan syarat bahawa apabila seseorang ahli yang dipilih di bawah mana-mana daripada perenggan (1)(f) hingga (j) mati atau meletakkan jawatan dalam masa dua belas bulan sebelum tamat tempoh jawatannya, kekosongan bagi baki tempoh jawatan itu hendaklah tidak diisi.
(10)
Pemilihan ahli yang disebut dalam perenggan (1)(f) hingga (j)
hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan.
(11)
Jika mana-mana badan yang disebut dalam perenggan (1)(e)
hingga (j) tidak menamakan atau tidak memilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, seseorang menjadi ahli Majlis sebelum atau pada sesuatu tarikh yang ditetapkan, Menteri hendaklah melantik
Pergigian 13
sebagai gantinya seorang yang berkelayakan untuk dinamakan atau dipilih sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan seseorang yang dilantik sedemikian itu hendaklah disifatkan sebagai seorang ahli seolah-olah dia telah dinamakan atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan sempurnanya oleh badan itu.
(12)
(Dipotong oleh Akta A982).
(13)
Seseorang pengamal tidaklah berkelayakan untuk dinamakan dan dilantik atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, menjadi ahli di bawah mana-mana daripada peruntukan perenggan (1)(e) hingga (j)—
(a)
jika dia telah didapati bersalah oleh mahkamah atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau atas sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan
(hukuman pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(b)
jika dia seorang bankrap yang belum dilepaskan; atau
(c)
jika pada bila-bila masa namanya telah dipotong daripada
Daftar.
(13A)
Seseorang pengamal yang namanya telah digantung daripada Daftar atau yang telah dicela di bawah seksyen 33 tidak layak untuk dinamakan dan dilantik atau dipilih atau dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan (1)(e)
hingga (j)—
(a)
dalam hal sesuatu penggantungan, bagi tempoh selama enam tahun selepas tamat penggantungan itu; atau
(b)
dalam hal sesuatu celaan, bagi tempoh selama enam tahun dari tarikh celaan itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 51
(14)
Jika seseorang ahli yang telah dinamakan dan dilantik atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana daripada peruntukan perenggan (1)(e) hingga (j) tidak lagi berkelayakan untuk dinamakan dan dilantik atau dipilih sedemikian oleh sebab sesuatu peruntukan Akta ini, hendaklah dia disifatkan telah mengosongkan kerusinya.
(15)
Jika pada menjalankan bidang kuasa tatatertibnya di bawah
Akta, Majlis—
(a)
melantik suatu jawatankuasa untuk menjalankan penyiasatan permulaan; atau
(b)
mengadakan siasatan tatatertib, berkenaan dengan mana-mana pengamal yang merupakan seorang ahli Majlis, pengamal itu hendaklah digantung.
(16)
Penggantungan seseorang ahli Majlis di bawah subseksyen (15)
hendaklah, jika penyiasatan permulaan dijalankan, berkuat kuasa dari tarikh bermulanya penyiasatan itu atau, jika siasatan tatatertib diadakan, berkuat kuasa dari tarikh bermulanya siasatan itu.
(17)
Jika penyiasatan permulaan dijalankan dan apabila tamat penyiasatan permulaan itu Majlis memutuskan bahawa suatu siasatan tatatertib hendaklah diadakan, tempoh penggantungan seseorang ahli hendaklah diteruskan sehingga tamat siasatan tatatertib itu.
(18)
Mana-mana ahli Majlis yang telah digantung di bawah subseksyen
(15)
atau
(16)
hendaklah dengan serta-merta dikembalikan sebagai ahli Majlis jika apabila tamat penyiasatan permulaan atau siasatan tatatertib itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, Majlis mendapati bahawa tiada apa-apa kesalahan telah dibuktikan berkenaan dengan ahli itu.
(19)
Mana-mana ahli
Majlis yang hendak dikembalikan keahliannya menurut subseksyen (18) hendaklah, jika pengembalian itu akan berkuat kuasa sebelum tamat tempoh jawatannya,
Pergigian 15
dikembalikan untuk memegang jawatan bagi bahagian tempoh jawatannya yang belum tamat.