Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian VI · Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan
44. Kecualian
Feedback & supportTiap-tiap orang yang sebaik sebelum mula berkuat kuasa
Akta ini telah—
didaftarkan di bawah Ordinan Pendaftaran Dentis 1948
Semenanjung Malaysia;
didaftarkan di bawah Ordinan Pendaftaran Dentis
Sarawak; atau
diambil kerja di Sabah oleh Kerajaan Malaysia atau
Kerajaan Negeri Sabah sebagai seorang Pegawai
Pergigian, dan mempunyai satu kelulusan atau lebih yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai seorang doktor pergigian berdaftar di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan mempunyai perakuan amalan tahunan bagi baki tahun Akta ini mula berkuat kuasa, kecuali bahawa mengenai seseorang yang baginya perenggan (a) atau (b) terpakai orang itu hendaklah disifatkan mempunyai perakuan itu hanya jika ada berkuat kuasa mengenainya sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa suatu perakuan amalan tahunan yang dikeluarkan di bawah Ordinan Pendaftaran Dentis 1948 Semenanjung Malaysia atau
Ordinan Pendaftaran Dentis Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika dia telah dikecualikan daripada memperoleh suatu perakuan amalan tahunan menurut peruntukan mana-mana satu daripada Ordinan tersebut yang terpakai berkenaan dengannya:
Dengan syarat bahawa berkenaan dengan seseorang pengamal pergigian yang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa
Pergigian 47
dikecualikan daripada pendaftaran menurut perenggan 24(a) Ordinan
Pendaftaran
Dentis
Sarawak, dia berhak apabila membuat permohonan kepada Pendaftar untuk didaftarkan sebagai seorang doktor pergigian di bawah Akta ini tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis.
Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa telah menjalankan pekerjaan di bawah subseksyen 5A(1)
Ordinan Pendaftaran Dentis 1948 Semenanjung Malaysia hendaklah disifatkan menjalankan pekerjaan itu di bawah subseksyen 12(3)
Akta ini; dan apa-apa tempoh pekerjaan yang dijalani oleh seseorang di bawah subseksyen 5A(1) yang tersebut itu hendaklah disifatkan telah dijalani di bawah subseksyen 12(3) yang tersebut itu.
Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa telah didaftarkan di bawah peruntukan seksyen 5B Ordinan
Pendaftaran
Dentis 1948
Semenanjung
Malaysia hendaklah disifatkan didaftarkan di bawah subseksyen 12(9) Akta ini tertakluk pada sekatan dan syarat yang ditentukan di bawah seksyen 5B yang tersebut itu.