Skip to content

Seksyen 11

Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang

of Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976

ActIn forceProvision 11 of 26
Seksyen 11

(1)

Tiada seseorang pelajar sesuatu Institusi, atau tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar sesuatu Institusi, boleh, di dalam atau di luar kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia,

Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 15

memungut, atau cuba memungut, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan, atau membuat apa-apa rayuan secara lisan atau secara bertulis atau selainnya, atau cuba membuat sesuatu rayuan itu untuk memungut apa-apa wang atau harta lain daripada sesiapa jua, iaitu bukan wang atau harta yang genap atau hampir genap masanya dipungut di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau kewajipan lain di sisi undang-undang.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(3)

Ketua Eksekutif boleh, dalam mana-mana hal tertentu, memberikan pengecualian kepada mana-mana orang daripada pemakaian subseksyen (1), tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1375).

(5)

Peruntukan seksyen ini adalah tambahan kepada dan bukan mengurangkan kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pungutan rumah ke rumah dan di jalan, pungutan awam, atau pungutan wang atau jualan lencana.