Seksyen 21
of Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
Seksyen 21
Menteri boleh mewakilkan, tertakluk pada apa-apa terma dan sekatan yang ditetapkan olehnya, apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini.
(2)
Sesuatu pewakilan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dibuat sama ada secara am atau berhubung dengan mana-mana
Institusi atau kelas atau perihal Institusi tertentu dan ia boleh dibuat kepada mana-mana orang atau kumpulan orang.
(3)
Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan oleh
Menteri pada bila-bila masa.
(4)
Tiada sesuatu pewakilan apa-apa tugas, kuasa atau kewajipan di bawah seksyen ini boleh menyentuh atau melemahkan kuasa
Menteri untuk melaksanakan tugas itu atau menjalankan kuasa itu atau menyempurnakan kewajipan itu.
Pemakaian Akta bagi Institusi yang dinyatakan dalam Jadual