Act of Parliament · Updated to 15 Mar 2019 · 6 parts
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
Feedback & supportDiscipline in educational institutionsBahagian I
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi-Institusi Pelajaran
(Tatatertib) 1976.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Institusi” ertinya sesuatu institusi, selain suatu Universiti, yang memberi pelajaran, pengajaran atau latihan daripada apa-apa jenis
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 174
kepada mana-mana orang, dan yang dinyatakan atau diperihalkan dalam Jadual Pertama;
“Jawatankuasa Perwakilan Pelajar” atau “JPP” ertinya Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar yang ditetapkan di bawah seksyen 7;
“kakitangan” termasuklah sesiapa yang diambil khidmat oleh atau dalam sesuatu Institusi;
“kesalahan boleh daftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7];
“Ketua Eksekutif” ertinya pegawai atau kakitangan Institusi yang bertugas sebagai pegawai eksekutif utama Institusi;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pelajaran atau Menteri yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi, mengikut kehendak keadaan;
“Pegawai Hal Ehwal Pelajar” ertinya seseorang kakitangan sesuatu
Institusi yang ditetapkan sedemikian oleh Menteri di bawah subseksyen 5(1);
“pelajar” ertinya seseorang yang menerima pelajaran, pengajaran atau latihan daripada apa-apa jenis daripada atau dalam sesuatu
Institusi;
“Universiti” ertinya sesuatu Universiti atau sesuatu Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
[Akta 30].
s 3Kuasa Menteri untuk memutuskan sesuatu persoalan tentang Ketua Eksekutif
Jika terbit sesuatu persoalan tentang siapakah Ketua Eksekutif sesuatu Institusi tertentu maka persoalan itu hendaklah diputuskan oleh
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 9
Menteri dan keputusan Menteri mengenai persoalan itu adalah muktamad.
Bahagian II
Pihak Berkuasa Tatatertib
Bahagian III
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Badan Pelajar Lain
Bahagian IV
Kesalahan
Bahagian V