Skip to content

Seksyen 17

of Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976

ActIn forceProvision 17 of 26

Seksyen 17

(1)

Jika sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini seseorang pelajar sesuatu Institusi adalah seorang anggota mana-mana persatuan yang didaftarkan di bawah

*Akta Pertubuhan 1966

[Akta 335], dia hendaklah, dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terhenti menjadi anggotanya melainkan jika, dalam masa empat belas hari selepas tarikh tersebut, dia mendapat kelulusan Menteri secara bertulis untuk terus menjadi anggotanya.

(2)

Seseorang pemegang jawatan mana-mana persatuan yang, selepas tamat tempoh empat belas hari dari mula berkuat kuasanya

Akta ini, berupa sebagai ada seseorang pelajar sesuatu Institusi sebagai anggotanya berlanggaran dengan subseksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dihukum denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit.