Seksyen 18
Persatuan pelajar yang sedia ada
of Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini ada didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966, atau **Ordinan Syarikat Kerjasama 1948,
Malaysia Barat [Ord. P.T.M. 33 tahun 1948], atau Ordinan Syarikat
Kerjasama 1958, Sabah [Ord. 3 tahun 1958], atau Ordinan Syarikat
Kerjasama Sarawak [Bab 66], sesuatu persatuan atau syarikat kerjasama, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang anggotanya adalah kesemuanya atau kebanyakannya pelajar daripada satu Institusi atau lebih maka persatuan atau syarikat kerjasama tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terbubar apabila tamat tempoh empat belas hari dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, melainkan jika dalam masa tempoh itu kelulusan bertulis Menteri adalah diperoleh
*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak dan dinamakan sebagai Akta
Pertubuhan 1966 [Akta 832] yang mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2021.
**CATATAN—Ordinan Syarikat Kerjasama 1948, Malaysia Barat [Ord. P.T.M. 33 tahun 1948] telah dimansuhkan oleh seksyen 95 Akta Koperasi 1993 [Akta 502].
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 19
dan difail dengan Pendaftar Pertubuhan atau dengan Pendaftar Syarikat
Kerjasama yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Jika sesuatu persatuan dibubarkan di bawah subseksyen 17(1)
Akta Pertubuhan 1966, hendaklah terpakai mengenainya mutatis mutandis seolah-olah ia adalah suatu persatuan yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah Akta tersebut.
(3)
Jika sesuatu syarikat kerjasama dibubarkan di bawah subseksyen (1) Pendaftar Syarikat Kerjasama yang berkenaan hendaklah melantik seorang yang berwibawa untuk menjadi pelikuidasi syarikat kerjasama itu, tertakluk pada arahan dan kawalan Pendaftar
Syarikat Kerjasama dan peruntukan Ordinan Syarikat Kerjasama yang berkenaan hendaklah terpakai bagi syarikat kerjasama itu seolah-olah ia adalah suatu syarikat kerjasama yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah Ordinan itu dan pelikuidasi tersebut telah dilantik sebagai pelikuidasinya di bawah seksyen 41 Ordinan itu.
(4)
Jika seseorang yang telah menjadi anggota sesuatu persatuan atau sesuatu syarikat kerjasama semasa ia seorang pelajar sesuatu
Institusi telah terus menjadi anggotanya selepas ia telah berhenti daripada menjadi seorang pelajar sesuatu Institusi, maka ia hendaklah, bagi maksud menentukan di bawah seksyen ini sama ada anggota persatuan atau syarikat kerjasama itu adalah kesemuanya atau kebanyakannya pelajar daripada satu Institusi atau lebih, disifatkan sebagai seorang pelajar sesuatu Institusi.
(5)
Apa-apa soalan tentang sama ada ahli sesuatu persatuan atau sesuatu syarikat kerjasama, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah kesemuanya atau kebanyakannya pelajar daripada satu Institusi atau lebih hendaklah diputuskan oleh Pendaftar Pertubuhan atau
Pendaftar Syarikat Kerjasama yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan keputusannya mengenai soal itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 174
Seksyen 17 dan 18 hendaklah mengatasi Akta Pertubuhan 1966
atau Ordinan Syarikat Kerjasama yang berkenaan