Seksyen 19
Belanja yang lebih daripada maksimum ialah perbuatan yang menyalahi undang-undang
of Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Tertakluk kepada apa-apa kecualian sebagaimana yang dibenarkan menurut Akta ini, tiada wang boleh dibayar dan tiada belanja boleh dilakukan oleh seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya atau oleh ejen pilihan rayanya, selepas tarikh notis mengenai pilihan raya itu disiarkan dalam Warta, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, kerana atau berkenaan dengan penjalanan atau pengurusan pilihan raya itu, yang lebih daripada—
(a)
dua ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat;
(b)
satu ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi sesuatu Dewan Undangan;
Kesalahan Pilihan Raya 31
(c)
sepuluh ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi sesuatu pihak berkuasa tempatan selain sesuatu majlis tempatan;
(d)
tiga ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi sesuatu majlis tempatan:
Dengan syarat bahawa perenggan (c) dan (d) tidak boleh terpakai bagi Sabah dan Sarawak.
(2)
Mana-mana calon atau ejen pilihan raya yang dengan diketahuinya bertindak berlanggaran dengan seksyen ini bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.