Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2016Read it in English

Bahagian IV · Ejen Pilihan Raya, Belanja Pilihan Raya dan Perbuatan yang Menyalahi

21. Pengambilan kerja tertentu menyalahi undang-undang

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh, bagi maksud menganjurkan atau mendapatkan seseorang calon dipilih dalam mana-mana pilihan raya, diambil bertugas atau diambil kerja dengan bayaran atau janji akan diberi bayaran bagi apa-apa maksud atau atas apa-apa sifat jua pun, kecuali bagi maksud atau atas sifat yang berikut:

(a)

seorang ejen pilihan raya dan tidak lebih daripada itu;

(b)

tidak lebih daripada seorang ejen tempat mengundi pada sesuatu masa bagi setiap kawasan mengundi atau daerah mengundi:

Dengan syarat bahawa jika lebih daripada satu tempat mengundi diadakan di mana-mana kawasan mengundi atau daerah mengundi, seorang lagi ejen tempat mengundi boleh diambil kerja bagi setiap tempat mengundi; dan

(c)

sebilangan yang munasabah kerani dan pengutus memandang kepada luasnya bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya dan kepada bilangan pemilih dalam daftar atau senarai pemilih bagi bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya itu.

(2)

Tertakluk kepada apa-apa kecualian yang dibenarkan menurut

Akta ini, jika mana-mana orang diambil bertugas atau diambil kerja berlanggaran dengan seksyen ini, sama ada sebelum, semasa, atau selepas sesuatu pilihan raya, orang yang mengambil bertugas atau mengambil kerja orang itu bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Undang-Undang Malaysia 34

Report

Bahagian V

Maaf Kerana Perbuatan Rasuah atau Perbuatan yang Menyalahi

Bahagian VI

Alasan bagi Membatalkan Pemilihan

Bahagian VII

Petisyen Pilihan Raya

Schedules