Skip to content

Seksyen 25

Majikan hendaklah membenarkan tempoh yang munasabah bagi pekerja mengundi

of Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

ActIn forceProvision 25 of 43
Seksyen 25
(1)

Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi, membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.

(2)

Seksyen ini hendaklah meliputi pekerja syarikat pengganti sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Keretapi

(Syarikat Pengganti) 1991 [Akta 464] dan pekerja Kereta Api

Sabah kecuali mana-mana pekerja yang sebenarnya bertugas mengendalikan kereta api dan yang baginya masa itu tidak boleh dibenarkan tanpa mengganggu pengendalian kereta api itu; dan

Pengurus Besar hendaklah, dalam setiap hal itu, disifatkan sebagai majikan bagi pekerja itu.

(3)

Mana-mana majikan yang, secara langsung atau tidak langsung, enggan memberikan, atau dengan intimidasi, dengan pengaruh tidak wajar, atau dengan apa-apa cara lain, mengganggu pemberian suatu tempoh yang munasabah untuk mana-mana pemilih yang bekerja dengannya mengundi, sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, boleh apabila disabitkan secara terus didenda sebanyak lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama satu tahun.

(4)

Seksyen ini tidak meliputi mana-mana kategori pekerja yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Suruhanjaya Pilihan

Raya melalui pemberitahuan dalam Warta.

(5)

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan setiap Negeri terikat kepada seksyen ini.

(6)

Dalam seksyen ini, “majikan” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Kerja 1955 [Akta 265].

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 5