Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

47. Pindaan seksyen 54

Feedback & support

Seksyen 54 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “kereta, vesal yang tidak lebih daripada dua ratus tan berat-tan bersih yang didaftarkan, atau kapaludara”

dengan perkataan “pengangkut selain vesel yang tidak melebihi dua ratus tan berat-tan bersih yang didaftarkan atau kapal udara yang terlibat dalam pengangkutan antarabangsa”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “boleh disita oleh mana-mana pegawai eksais” perkataan

“daripada orang itu”; dan

(b)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “melalui pos ke tempat tinggalnya, jika diketahui:” dengan perkataan “melalui pos berdaftar mengikut seksyen 42.”; dan

(ii)

dengan memotong proviso.

Report