Exclusive Economic Zone Act 1984 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI · Pulau Buatan, Pepasangan dan Struktur
21. Section 21
Feedback & supportTiada seorang pun boleh membina, mengendali atau menggunakan mana-mana pulau buatan, pepasangan atau struktur dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua kecuali dengan kebenaran Kerajaan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakannya.
Kerajaan hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas pulau buatan, pepasangan dan struktur dalam zon dan pelantar benua, termasuk bidang kuasa mengenai kastam, fiskal, kesihatan, keselamatan dan undang-undang imigresen.
Kerajaan boleh, apabila perlu, menubuhkan zon keselamatan yang munasabah di sekeliling pulau buatan, pepasangan dan struktur yang dalamnya langkah-langkah yang berkenaan bagi memastikan keselamatan kedua-dua navigasi dan mengenai pulau buatan, pepasangan dan struktur.
Zon Ekonomi Eksklusif 25
Bidang zon keselamatan hendaklah ditetapkan oleh Kerajaan, dengan mengambil perhatian standard antarabangsa yang terpakai.
Notis sewajarnya hendaklah diberi mengenai takat zon keselamatan.
Semua vesel mesti menghormati zon keselamatan ini dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang Kerajaan mungkin berikan mengikut standard antarabangsa yang diakui umum mengenai navigasi sekeliling pulau buatan, pepasangan, struktur dan zon keselamatan.