Skip to content

Seksyen 3

of Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984

ActIn forceProvision 3 of 42

Seksyen 3

(1)

Zon ekonomi eksklusif Malaysia, sebagaimana diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong menurut P.U. (A) 115/1980, ialah suatu kawasan yang melampaui dan berdampingan dengan laut wilayah

Malaysia dan, tertakluk kepada subseksyen (2) dan (4), meluas sehingga sejauh dua ratus batu nautika daripada garis asas yang darinya lebar laut wilayah itu diukur.

(2)

Jika ada suatu perjanjian berkuat kuasa atas perkara itu di antara Malaysia dan suatu Negara dengan pantai yang bertentangan atau berdampingan, soal yang berhubungan dengan persempadanan zon ekonomi eksklusif hendaklah ditetapkan mengikut peruntukan perjanjian itu.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1277)

Zon Ekonomi Eksklusif 13

(4)

Jika Yang di-Pertuan Agong menimbangkan perlu untuk berbuat demikian, dengan mengambil perhatian kepada undang-undang antarabangsa, amalan Negara atau perjanjian yang disebutkan dalam subseksyen (2), dia boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengubah had zon ekonomi eksklusif yang ditetapkan mengikut subseksyen (1).

Hak kedaulatan dalam, dan bidang kuasa ke atas, zon ekonomi eksklusif