Seksyen 16
of Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
ActIn forceProvision 16 of 42
Seksyen 16
(1)
Tiada apa-apa penyelidikan saintifik laut boleh dijalankan dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua tanpa persetujuan nyata dan tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Kerajaan.
(2)
Tertakluk kepada seksyen 17, Kerajaan hendaklah memberi persetujuannya di mana penyelidikan saintifik laut akan dijalankan oleh mana-mana Negara atau pertubuhan antarabangsa yang layak bagi maksud keamanan dan bagi menambahkan pengetahuan saintifik mengenai alam sekitar laut.