Seksyen 33
Obligasi kerahsiaan
of Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973
ActIn forceProvision 36 of 41
Seksyen 33
(1)
Kecuali bagi maksud Akta ini atau maksud prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun anggota, pegawai atau pekhidmat
Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah didapati olehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
28
Undang-Undang Malaysia