Skip to content

Seksyen 25

of Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973

ActIn forceProvision 28 of 41

Seksyen 25

(1)

Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut, mewakilkan kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain kuasa dan kewibawaan untuk menjalankan bagi pihaknya apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang diletakhakkan

Lembaga Pertubuhan Peladang 25

pada atau yang dikenakan ke atas Lembaga oleh Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, kecuali kuasa untuk meminjam wang, mendapatkan pinjaman dan membuat peraturan-peraturan;

dan apa-apa kuasa atau fungsi yang diwakilkan sedemikian boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi,

Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh mewakilkan kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Pengarah, mana-mana daripada anggotanya yang lain atau mana-mana orang, kuasa bagi membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Lembaga hingga apa-apa takat yang ditentukan oleh Lembaga dalam hal itu.