Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI
34. Prosiding sivil
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap Lembaga—
(a)
mana-mana orang yang memegang jawatan Peguam
Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau
(b)
mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa bagi maksud itu dengan arahan yang khas atau am daripada
Lembaga, boleh, bagi pihak Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, memulakan, hadir dalam dan menjalankan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan segala kehadiran, perbuatan dan permohonan mengenai prosiding itu.