Skip to content

Seksyen 13

of Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973

ActIn forceProvision 13 of 41

Seksyen 13

(1)

Pengerusi hendaklah bertanggungjawab bagi mengeluarkan panduan dasar atau penjelasan mengenai keputusan Lembaga.

(2)

Pengerusi hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(3)

Jika Pengerusi tidak ada dalam Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara kerana sakit atau apa-apa sebab lain yang cukup untuk menjalankan kewajipannya, Timbalan

Pengerusi hendaklah menjalankan kewajipannya dalam masa dia tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.