Seksyen 17
of Akta Ibu Kota Persekutuan 1960
Seksyen 17
Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini dan kepada apa-apa arahan Yang di-Pertuan Agong, segala harta dan aset yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini telah terletak hak pada Anggota Majlis Perbandaran Kuala Lumpur atau pada mana-mana orang bagi pihak Anggota Majlis itu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, terletak hak pada Datuk Bandar.
(2)
Segala tanah sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud
Anggota Majlis Perbandaran Kuala Lumpur hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, terletak hak pada atau disifatkan dirizabkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud
Datuk Bandar.