Skip to content

Seksyen 18

Kontrak dan prosiding yang sedia ada

of Akta Ibu Kota Persekutuan 1960

ActIn forceProvision 18 of 21
Seksyen 18
(1)

Tertakluk kepada Bahagian ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang menyentuh mana-mana harta yang berpindah hakmiliknya di bawah seksyen 17 hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Datuk Bandar, dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Anggota Majlis

Perbandaran Kuala Lumpur, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Anggota Majlis itu, Datuk Bandarlah yang dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.

Ibu Kota Persekutuan 13

(2)

Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa prosiding atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Anggota Majlis

Perbandaran Kuala Lumpur atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Anggota Majlis itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Datuk Bandar sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Anggota Majlis Perbandaran

Kuala Lumpur atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diperbuat.

Penerusan perjanjian perkhidmatan, dsb.