Seksyen 41
Penentuan caj pembangunan
of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
(1)
Sebelum memberi kebenaran perancangan bagi apa-apa pembangunan, Datuk Bandar hendaklah menentukan sama ada suatu caj pembangunan kena dibayar berkenaan dengan pembangunan itu dan, jika kena dibayar, kadar amaunnya, dan hendaklah menyampaikan kepada pemohon untuk kebenaran perancangan itu suatu perintah dalam borang yang ditetapkan menuntut pembayaran amaun itu:
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
Dengan syarat bahawa Datuk Bandar boleh membenarkan caj pembangunan itu dibayar secara beransur sebagaimana yang difikirkannya patut bersama dengan bunganya mengikut kadar sebagaimana yang ditetapkan olehnya.
(2)
Walau apa pun peruntukan Akta ini, Datuk Bandar boleh enggan untuk memberi kebenaran perancangan atau boleh membatalkan sesuatu perintah pembangunan yang memberi kebenaran perancangan bagi apa-apa pembangunan pada bila-bila masa jika caj pembangunan atau mana-mana bahagiannya berkenaan dengan pembangunan itu masih belum dibayar; dan seksyen 25 tidak terpakai bagi sesuatu perintah pembangunan yang dibatalkan di bawah subseksyen ini.
(3)
Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa mengubah sesuatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa selepas perintah itu dikeluarkan kepadatan, luas lantai atau nisbah plot yang sebenar adalah berbeza daripada kepadatan, luas lantai atau nisbah plot yang menjadi asas caj pembangunan itu, dan hendaklah menentukan caj pembangunan yang baru dengan sewajarnya dan membuat suatu perintah bagi maksud itu.
(4)
Datuk Bandar hendaklah menyampaikan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) mengikut cara yang ditetapkan dalam subseksyen (1).
(5)
Datuk Bandar hendaklah―
(a)
menuntut pembayaran bagi perbezaan amaun caj pembangunan itu jika amaun dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) melebihi amaun yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1); atau
(b)
membayar balik perbezaan amaun caj pembangunan itu jika amaun yang dibayar berikutan dengan perintah di bawah subseksyen (1) melebihi amaun yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3).
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 53