Federal Territory (Planning) Act 1982 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VI · Caj Pembangunan
44. Pembayaran wang ke dalam kumpulan wang
Feedback & supportDatuk Bandar hendaklah membayar semua wang yang dipungut di bawah Akta ini ke dalam kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kerajaan tempatan dan walau apa pun peruntukan undang-undang itu berhubungan dengan perbelanjaan wang daripada kumpulan wang itu,
Datuk Bandar hendaklah mempunyai kuasa untuk membelanjakan apa-apa wang yang dipungut di bawah Akta ini bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini:
Dengan syarat bahawa apa-apa wang yang dipungut menurut kuasa subseksyen 40(2) tidak boleh dibelanjakan kecuali bagi maksud mengadakan ruang untuk meletak kereta dalam Bandaraya.
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 267