Skip to content

Seksyen 45

Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah

of Akta Penapisan Filem 2002

ActIn forceProvision 45 of 56
Seksyen 45

Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, maka tiap-tiap orang yang, pada masa pelakuan kesalahan itu, merupakan pengarah urusan, pengurus atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu, boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah urusan, pengurus atau pegawai itu hendaklah juga disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah pelakuannya.