Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VII · Pelbagai

52. Pelupusan filem yang tidak dituntut

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh memerintahkan supaya mana-mana filem atau bahan publisiti filem dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagaimana yang difikirkannya patut jika filem atau bahan publisiti filem itu masih berada dalam milikannya selepas tempoh dua tahun telah luput sejak—

(a)

tarikh filem atau bahan publisiti filem itu ditahan di bawah seksyen 7;

(b)

jika filem atau bahan publisiti filem itu diluluskan di bawah seksyen 10, tarikh Lembaga memberitahu pemunyanya di bawah subseksyen 10(2); atau

(c)

jika apa-apa pengubahan sesuatu filem atau bahan publisiti filem dikehendaki di bawah seksyen 11, tarikh Lembaga memberitahu pemunyanya supaya mengambil milikan filem atau bahan publisiti filem itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), mana-mana filem atau bahan publisiti filem di bawah kawalan seseorang pegawai kastam yang hak menurut kuasa seksyen 7 hendaklah disifatkan berada dalam milikan Lembaga.

Report

Bahagian VIII

Peruntukan Pemansuhan, Peralihan dan Kecualian

Schedules