Akta Kewangan 2018 · Updated to 1 Jun 2023 · Bab VII · Pindaan Kepada Akta Cukai Perkhidmatan 2018
87. Pindaan seksyen 11
Feedback & supportSeksyen 11 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1)
dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan di bawah seksyen 7, hendaklah menjadi genap masa—
(a)
dalam hal perkhidmatan bercukai, pada masa pembayaran diterima bagi perkhidmatan yang diberikan oleh orang berdaftar itu kepada pelanggan; atau
(b)
dalam hal perkhidmatan bercukai diimport, pada masa pembayaran dibuat atau invois diterima bagi perkhidmatan itu, mana-mana yang lebih awal.”.